SINDIKET LOVE SCAM SASAR WARGA AS TUMPAS, 12 WARGA TEMPATAN DITAHAN POLIS

KUALA LUMPUR: Polis menahan 12 ahli sindiket selepas menyerbu sebuah kediaman di ibu kota ini, yang dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan ‘Love Scam’ serta judi dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata dalam serbuan 16 Mei itu, semua suspek yang ditahan adalah warga tempatan termasuk seorang wanita, berusia di antara 18 hingga 43 tahun.

Beliau berkata, 12 ahli sindiket yang ditahan itu berperanan sebagai ejen pusat panggilan dengan menerima gaji RM2,500 sebulan serta empat peratus komisyen daripada jumlah kerugian dialami mangsa.

“Siasatan mendapati sindiket ini mensasarkan mangsa di negara Amerika Syarikat (AS) dan aktif sejak April lalu.

“Sindiket ini akan mencipta akaun palsu di Facebook dan Instagram, seterusnya berkenalan dengan mangsa rakyat AS sebelum mangsa ditawarkan pautan judi dalam talian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di sini, hari ini.

Ramli berkata, mangsa yang bermain judi menggunakan pautan tersebut akan kehilangan kesemua wang yang dipertaruhkan.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas sembilan komputer riba, 33 telefon bimbit, seutas rantai manik, lima cincin, enam beg silang, seutas rantai leher, sejumlah mata wang, sebuah router dan modem serta dua jam tangan mewah.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut terhadap sindiket ini mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” katanya yang memaklumkan serbuan berkenaan dijalankan menerusi Operasi Khas 30/24.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …