PBT PERTAMA GUNA DOKUMEN DIGITAL

KUANTAN – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang mengaplikasikan platform sistem digital ‘E-Doc-Agree’ dan ‘E-Cert’ bertujuan meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam pentadbiran.

Pengarah Jabatan Perbendaharaan MBK, Mohd Nizam Mahayuddin berkata, penggunaan inovasi itu dapat memperkukuh, menambah baik, dan mempercepatkan perkhidmatan harian pihaknya kepada rakyat khususnya di Kuantan.

Menurutnya, sistem berkenaan mematuhi Akta Tandatangan Digital 1997 dan Akta Setem 1949, sekali gus mencegah serta memperkasakan perundangan yang ada di dalam operasi harian MBK.

“Teknologi yang digunakan oleh sistem digital ini termasuklah perjanjian, sijil digital bersekuriti tinggi dan tandatangan digital yang sah.

“Jadi, penggunaan teknologi ini mampu meningkatkan keselamatan dan integriti dokumen, mengurangkan risiko pemalsuan dan memastikan semua transaksi digital yang dilakukan adalah sah dan terjamin,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Sistem Doc-Agree dan Doc-Cert di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Mohd Nizam hadir sebagai mewakili Datuk Bandar Kuantan, Datuk Razihan Adzharuddin.

Mengulas lanjut, Mohd Nizam menjelaskan sistem dilancarkan itu membuktikan komitmen MBK dalam merealisasikan agenda Kuantan sebagai ‘Smart city’.

Beliau berkata, ia bertujuan menjadikan MBK sebuah organisasi lebih efisien, inovatif dan responsif terhadap keperluan para pelanggan.

“Kita juga dapat mempercepatkan proses kerja, meningkatkan kepercayaan awam terhadap ketelusan dan kecekapann pengurusan MBK.

“Sistem ini juga menjimatkan kos operasi dengan cara pengurangan bahan kertas dan menerapkan teknologi hijau yang seterusnya menyumbang kepada kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

SUMBER: SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut