KEGIATAN EKSTREMIS AGAMA, AJARAN SESAT DI JOHOR SENTIASA DALAM PEMANTAUAN POLIS

JOHOR BAHRU: Kegiatan ekstremis agama, kumpulan ajaran sesat dan meragukan di negeri ini, sentiasa dalam radar pemantauan Cawangan Khas Polis Johor.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata namun ciri-ciri mereka yang terlibat secara langsung dengan kegiatan tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Justeru itu, beliau memohon kerjasama masyarakat khususnya jiran tetangga bagi memberi maklumat dan melaporkan sekiranya terdapat kegiatan atau aktiviti mencurigakan.

“Kita tidak dapat menilai ideologi seseorang itu menerusi pandangan mata kasar.

“Sehubungan itu, maklumat awal daripada keluarga terdekat dan jiran tetangga ini adalah sangat penting dalam membuat pencegahan awal, berhubung perubahan sikap, tingkah laku dan aktiviti harian.

“Cawangan Khas Polis Johor akan sentiasa komited dalam memastikan kegiatan ekstremis agama, kumpulan sesat dan meragukan ini menjadi keutamaan, dalam menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam dalam negara umumnya dan Johor khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kumar memaklumkan sebanyak 8,652 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah dalam tempoh empat bulan bermula Januari hingga bulan lalu.

Katanya tangkapan ini adalah adalah yang ketiga tertinggi di antara kontinjen dengan rampasan sebanyak 1.72 tan dadah bernilai RM13.37 juta.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor menunjukkan pencapaian yang komprehensif dalam membendung aktiviti penagihan, penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

“Dalam tempoh itu juga berjaya menumpaskan lapan sindiket pengedaran dadah tempatan dengan skala tangkapan dan rampasan besar.

“Seramai 68 individu juga berjaya ditahan dalam tempoh itu bagi tangkapan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) Akta Dadah Berbahaya 1985,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut