π— π—”π—žπ— π—”π—Ÿ π— π—˜π— π—£π—₯π—’π—¦π—˜π—¦ 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 π——π—œπ—•π—’π—‘π—šπ—žπ—”π—₯

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Sidang Media oleh YDH CP Dato’ Khaw Kok Chin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berkaitan kejayaan JSJN, Bukit Aman membongkar sebuah makmal haram memproses dadah heroin dan stor penyimpanan dadah di sekitar kawasan Pulau Pinang pada 24 Mei yang lalu.

pihak polis telah berjaya menangkap (1) lelaki tempatan berumur 38 tahun serta merampas dadah jenis Heroin seberat 13.84 kilogram, Heroin base seberat 34.14 kilogram, Syabu seberat 46.19 kilogram dan serbuk Kafien seberat 118.02 kilogram. Nilai rampasan keseluruhan dadah ini dianggarkan berjumlah RM4.6 juta.
Turut dirampas oleh pihak polis semasa serbuan ini adalah (6) pucuk pistol pelbagai jenama bersama kelopak, (100) butir peluru danΒ botol kaca yang mengandungi cecair disyaki bahan kimia.Pihak polis juga bertindak menyita pelbagai aset kepunyaan sindiket dadah tersebut termasuk (4) buah kereta pelbagai jenama dan (2) buah motosikal kesemuanya dianggarkan bernilai RM424,000. Kes disiasat di bawah seksyen 39B ADB 1952 dan saspek telah direman selama (7) hari bagi membantu siasatan.
Sumber : PDRM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/PolisPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …