KATAKAN TIDAK KEPADA UBAT TIDAK SAH

Kemunculan ubat tidak berdaftar, palsu dan substandard dalam pasaran menimbulkan ancaman besar terhadap kesihatan awam. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 1 daripada 10 produk perubatan di negara berpendapatan rendah dan sederhana adalah palsu atau substandard.

Ubat substandard adalah produk yang tidak memenuhi spesifikasi atau standard kualiti yang ditetapkan, atau kedua-duanya. Produk ini boleh menjejaskan keselamatan pesakit dan membawa kepada kegagalan rawatan.

Di Malaysia, masih terdapat premis-premis seperti kedai runcit, penjaja tepi jalan, pasar malam, media sosial, platform e-dagang dan lain-lain yang menjual produk tidak berdaftar, palsu dan substandard. Individu yang menjual ubat substandard boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 10(1)(f) Akta Jualan Dadah 1952 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Sebagai pengguna, kita harus bijak dalam membuat pilihan. Sentiasa amalkan sikap mengambil berat terhadap produk kesihatan yang ingin digunakan bagi memastikan produk yang anda gunakan berkualiti dan selamat.

“Katakan Tidak Kepada Ubat Tidak Sah”

 

Sumber: JKNT

Artikel/Berita Terkini

LIMA INDIVIDU BERDEPAN 23 PERTUDUHAN BERKAITAN PROJEK PPRT

PROSIDING: Tertuduh diiring keluar selepas menjalani prosiding di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Lima individu berdepan keseluruhan 23 …

SABAH-KANADA ERAT KERJASAMA PERDAGANGAN, PELABURAN

KUNJUNGAN: Hajiji berbincang dengan Jodi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu hubungan baik …

87 PTI INDONESIA DIHANTAR PULANG MELALUI LAUT

PEMINDAHAN: Kesemua PTI terbabit dihantar pulang ke negara asal melalui laluan laut. TAWAU: Seramai 87 tahanan Pendatang Tanpa Izin (PTI) …