CILI??? KENAPA TIDAK…

Pernahkah anda tiba-tiba teringin makanan pedas? Kajian membuktikan ada sesetengah keadaan yang menyebabkan tubuh tiba-tiba teringin makanan pedas. Antaranya adalah ketika tubuh sedang sakit. Tubuh yang sakit menginginkan makanan pedas untuk perawatan rasa sakit. Endorfin yang dihasilkan capsaicin yang terdapat didalam cili dapat memberikan kelegaan alami.

Rasa pedas yang dihasilkan cili bukanlah salah satu ‘rasa’ seperti masin, manis dan masam tetapi ia adalah satu jenis rasa ‘kesakitan’ sensasi yang menyenangkan penggemarnya.

Seringkali rasa pedas dipandang sebagai tidak elok untuk kesihatan kerana berupaya menyebabkan gejala gastrik dan cirit-birit.

The American Heart Association (AHA) dalam satu kajian yang dibentangkan di Virtual Scientific Sessions 2020 mendapati cili mengandungi sifat anti-inflamasi, antioksidan, antikanser dan mampu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Faktor-faktor ini berperanan dalam mengurangkan risiko seseorang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular atau kanser. Dalam kajian tersebut, penyelidik menganalisa 4,728 kajian berkaitan cili dan penyakit yang disebut di atas. Lebih daripada 570,000 catatan kesihatan turut dimasukkan dalam kajian ini, termasuk daripada Amerika, China, Itali dan Iran. Responden yang makan cili secara tetap mengalami penurunan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular sebanyak 26 peratus manakala 23 peratus akibat kanser dan 25 peratus bagi penyebab kematian yang lain.

Jadi masih ada kerisauan untuk makan pedas? Jangan risau, banyak faedah untuk kesihatan cuma bersederhanalah 😃

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Artikel/Berita Terkini

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:  Solat Sunat  Perbanyakan Solat Sunat  Puasa …
Maklumat Lanjut

KES BUANGAN HARAM DI PORT DICKSON, BEKAS PEGAWAI JAS ANTARA DIDAKWA

Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen …
Maklumat Lanjut

TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang …
Maklumat Lanjut