MOHD SHAIFUL HIZAM DILANTIK YANG DIPERTUA MPJ BAHARU

Seri Negeri – Mohd Shaiful Hizam Johan, dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) secara peminjaman dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 15 Mei 2024.

Terdahulu Mohd Shaiful Hizam, melafazkan angkat sumpah di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Yang Dipertua MPJ Ke- 9 di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Sebaik selesai melafazkan sumpah Mohd Shaiful Hizam, menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua MPJ Ke-9 yang diserahkan oleh Ketua Menteri.

Beliau adalah seorang yang berpengalaman dan tidak asing dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk sebagai Setiausaha MPJ pada 2008.

Antara jawatan lain pernah digalas beliau adalah Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dari Ogos 2022 hingga Mei 2024.

Hadir sama menyaksikan majlis itu adalah Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas-tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Saleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Abdul Aziz Engan serta Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Yang turut hadir Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut