LUAR KEDAI KOPI, DALAM RUPANYA PUSAT JUDI

Daripada pandangan luar kelihatan kedai kopi, namun apabila diperiksa rupa-rupanya ia adalah lokasi aktiviti judi dalam talian.

Bagaimanapun taktik berkenaan berjaya dibongkar pihak berkuasa dan enam premis di daerah ini telah diserbu menerusi Ops Pemotongan Khas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban dengan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, ada premis yang beberapa kali pernah diambil tindakan, namun masih berani menjalankan aktiviti haram terbabit.

Dalam operasi yang dilakukan petang semalam (Khamis), pihak polis dan TNB mengambil tindakan pemotongan serta pembekuan utiliti terhadap premis yang menjalankan kegiatan perjudian dalam talian. Pembekuan utiliti ini selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Menurutnya, keenam-enam premis berkenaan memiliki persamaan iaitu berselindung di sebalik kedai kopi atau cafe dengan rekaan luarnya yang menarik bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang dan salurkan maklumat kepada pihak polis.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …