KEJADIAN 2 LELAKI SESAT DI GUNUNG ANGSI DISELAMATKAN PASUKAN BOMBA

JBPM Negeri Sembilan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 petang, 23 Mei 2024 berhubung kejadian pendaki sesat di Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Menurut laporan PPgB Mohd Izzuwan bin Abd Rahim selaku Komander Operasi Kanan, kejadian melibatkan 2 orang lelaki berusia lingkungan 20an yang telah tersasar dari laluan asal pendakian di Gunung Angsi.

Salah seorang mangsa turut mengalami kecederaan ringan dan keletihan. Kedua-dua mangsa telah ditemui oleh anggota Bomba Unit Khas Pasukan STORM pada jam 11:48 malam dan di bawa turun melalui jalan ke Air Terjun Dara, Taman Tuanku Jaafar, Senawang.

Anggota Bomba dan mangsa selamat tiba pada jam 12:52 tengah malam. Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dengan menaiki kenderaan Unit EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Seramai 13 anggota Bomba termasuk pasukan STORM daripada BBP Seri Menanti dan BBP Seremban telah ditugaskan dalam operasi mencari dan menyelamat ini bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS, Toyota Hilux, Mitsubishi Triton dan kenderaan RRV. Operasi turut dibantu oleh pasukan Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan. Setelah selesai, operasi ditamatkan pada jam 1:20 pagi.

Sumber: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut