SUBSIDI DIESEL KEPADA SEMUA PENGGUNA DI SABAH, SARAWAK KEKAL

KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada langkah terbaharu kerajaan menyelaraskan pemberian subsidi diesel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pengecualian itu kerana kebanyakan keluarga di Sabah dan Sarawak menggunakan kenderaan berenjin diesel.

Katanya, jemaah menteri bersetuju menyelaraskan pemberian subsidi ke atas diesel yang berupaya menjimatkan wang kerajaan RM4 bilion setahun.

“Sebagai permulaan, langkah itu tidak membabitkan pengguna di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, malam tadi.

Katanya, bagi di Semenanjung, subsidi diesel hanya diberikan kepada peniaga menggunakan kenderaan komersial bermotor membabitkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), termasuk bas, teksi dan bot nelayan tertentu bagi mengurangkan kenaikan mendadak harga barang.

“Bagi golongan B40 dan M40 yang menggunakan kemudahan diesel untuk perniagaan kecil atau bidang pertanian, perlombongan, penternakan atau nelayan, (mereka) akan terus dibantu. Maknanya, mereka tidak terkesan daripada kenaikan ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata, penyasaran subsidi diesel itu juga tidak membabitkan golongan T20 serta 3.8 juta warga asing.

“Saya ingin tegaskan, kita naikkan (penyasaran subsidi) tapi tidak bebankan rakyat. Kita naikkan kesannya kepada golongan maha kaya dan orang asing.

“Kalau ada rakyat yang terbeban menggunakan diesel, ada ruang untuk mereka rujuk kepada Kementerian Pengangkutan atau kementerian berkaitan supaya dapat dipastikan penyasaran subsidi diesel itu hanya memberi kesan kepada golongan kaya dan warga asing serta tidak membebankan rakyat,” katanya.

Anwar memberi jaminan kebajikan rakyat akan terus terpelihara dalam menangani kos sara hidup.

Jelasnya, kerajaan bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak termasuk petani kecil, pesawah dan peniaga kecil.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber:  Info X

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …