KUPANG PORT DICKSON DIBENAR JUAL JIKA DOF UMUM SELAMAT DIMAKAN

Pengeluaran kupang di perairan Port Dickson hanya dibenarkan selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Jabatan Perikanan (DOF) yang ia benar-benar selamat.

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe, meskipun sampel kelapan kupang yang diambil menunjukkan kandungan biotoksin berada pada paras di bawah 800 per bilion (ppb) iaitu had pengambilan selamat untuk manusia, namun ia bukan bermakna pengusaha sudah boleh menjualnya.

Beliau meminta pengusaha bersabar dahulu sehingga DOF pastikan ia benar-benar selamat. Beliau juga percaya sedikit masa lagi kita boleh makan kupang Port Dickson semula.

Sampel kesembilan telah pun diambil dan kita nak pastikan bacaan rendah itu terus konsisten sebelum umumkan yang ia sudah selamat dengan turut mengambil pandangan daripada Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini media melaporkan, ujian makmal terkini yang dilakukan mendapati kupang di perairan pantai Port Dickson mempunyai kandungan biotoksin sebanyak 498 ppb.

Beliau berkata, ini merupakan kali pertama kandungan biotoksin di bawah 800 ppb setelah hampir lapan sampel diambil sebelum ini.

Sementara itu, penternak kupang diminta membuat pendaftaran lesen dengan jabatan itu bagi membolehkan mereka menikmati segala bentuk bantuan disediakan kerajaan.

Ujarnya, beliau mendapati penternak kurang cakna soal lesen kerana beranggapan ia tiada keperluan memandangkan mereka sudah mempunyai lesen nelayan.

Lesen nelayan dan lesen ternakan kupang adalah berbeza. Jadi kita minta penternak supaya mohon lesen supaya kita mempunyai data pendaratan kupang sebenar dan mereka juga boleh mohon bantuan dari kerajaan bukan saja ketika bencana, tapi juga bentuk bantuan lain.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …