LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE ESSCOM

Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Raja Dato’ Nurshirwan bin Zainal Abidin diiringi Pengarah MKN Negeri Sabah, YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan mengadakan lawatan kerja ke Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang disambut oleh Timbalan Komander ESSCOM, Brigadier Jeneral Mohamad Ismail bin Kamaruddin mewakili Komander ESSCOM dan Pengarah Bahagian Tindakan Awam, Encik Terry Henry mewakili Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM pagi tadi di pejabat ESSCOM, Lahad Datu.

Lawatan kerja tersebut bertujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan keselamatan nasional dan kawalan sempadan negara khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Seterusnya, Yang Mulia Raja Dato’ KPKN dan delegasi turut mengadakan tinjauan ke beberapa lokasi strategik di sekitar perairan Lahad Datu.

Hadir sama Ketua-ketua Staf Bahagian Keselamatan ESSCOM, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin W4 Lahad Datu, Pegawai-pegawai Kanan ESSCOM dan MKN.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut