108 PTI DITAHAN DI SEMPORNA, KUNAK

TAWAU: Seramai 108 pendatang asing tanpa izin (PTI) ditahan dalam Ops Kutip/Mahir selepas 1,200 individu diperiksa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di Semporna dan Kunak bermula 8.50 pagi Jumaat.

Ketua Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Salehah Habib Yussof berkata, 81 orang ditahan di Semporna, manakala 27 lagi ditahan di Kunak yang terdiri daripada 14 lelaki dan 13 wanita.

“Kesemua yang ditahan adalah 101 warga Filipina, China (enam) dan seorang warga Pakistan masing-masing berumur antara satu hingga 66 tahun. Mereka terdiri daripada 72 lelaki dan sembilan wanita,” katanya dalam sidang media di Depot Tahanan Imigresen Tawau.

Menurutnya, operasi itu yang mensasarkan beberapa lokasi, termasuk kawasan tapak pembinaan di Jalan Seri Melor Semporna dan sekitar kawasan pekan Semporna dan Kunak, melibatkan 63 pegawai dari pejabat Imigresen Kota Kinablu, Lahad Datu dan Tawau.

Sitti Saleha berkata, PTI terbabit ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan, antaranya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal melebihi masa, penyalahgunaan pas serta membenarkan imigran haram masuk dan tinggal di premis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Peraturan 39(b) dan Seksyen 56(1)(d),” katanya.

Dalam pada itu, JIM mengingatkan orang ramai dan majikan agar tidak melindungi PTI atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Beliau juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat tentang PTI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan agar tampil menyalurkan maklumat tersebut.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut