TANDA-TANDA KERACUNAN MAKANAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

Keracunan makanan atau dipanggil sebagai ‘foodborne illness’ adalah disebabkan oleh bakteria dan virus masuk ke dalam makanan yang anda makan. Ia juga boleh disebabkan oleh toksin yang dihasilkan oleh bakteria seperti Staphylococcus aureus.

PUNCA KERACUNAN MAKANAN
Gejala keracunan makanan boleh berlaku dari tahap ringan hingga sangat teruk. Berkemungkinan sakit kerana keracunan makanan tetapi tidak tahu apa makanan yang menjadi penyebabnya.
Bakteria dan virus yang berbeza menyebabkan gejala yang berbeza. Berikut adalah punca keracunan ini:

1. Bakteria

Bakteria seperti Salmonella, E-Coli, Campylobacter, dan Listeria monocytogenes adalah penyebab umum keracunan makanan. Bakteria ini dapat ditemukan pada makanan mentah atau tidak dimasak dengan baik.

2. Virus

Virus seperti Norovirus dan Hepatitis A dapat menyebabkan keracunan makanan jika makanan atau minuman terdedah oleh partikel virus dari individu yang terjangkiti.

3. Parasit

Parasit seperti Cryptosporidium, Giardia, dan Trichinella dapat menular melalui makanan dan minumam yang terdedah oleh air yang tercemar atau makanan yang tidak dimasak dengan betul.

4. Cendawan beracun

Cendawan seperti Amanita phalloides (kurap) dan Claviceps purpurea (kapang gandum) menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan keracunan makanan jika terdedah oleh cendawan ini.

5. Bahan kimia beracun

Bahan kimia beracun seperti pestisida, bahan pembersih, atau logam berat yang tidak sengaja terdedah dengan makanan juga boleh menjadi penyebab keracunan makanan.

6. Alatan memasak yang tidak bersih

Alat memasak yang kotor dan terdedah dengan bakteria juga dapat menyebabkan keracunan makanan.

7. Penyimpanan makanan yang tidak betul

Penyimpanan makanan pada suhu yang tidak tepat atau dalam keadaan sanitasi yang buruk juga dapat menyebabkan pertumbuhan bakteria dan keracunan.

 

PUNCA KERACUNAN MAKANAN

Gejala umum yang sering terjadi termasuklah seperti :
a) Mual

Merasa ingin muntah atau tidak selesa di perut bahagian atas.

b) Muntah

Pengeluaran isi perut melaui mulut yang disertai dengan kontraksi otot perut.

c) Cirit birit

Selalu buang air besar dari biasanya dengan konsistensi yang cair atau tidak teratur.

d) Sakit perut

Rasa sakit atau kram di perut bahagian bawah.

e) Demam
Peningkatan suhu tubuh di atas normal (biasanya di atas 38 darjah Celcius).
f) Kehilangan nafsu makan

Hilangnya keinginan untuk makan atau minum.

g) Kelelahan

Merasa lemah atau tidak berdaya.

h) Menggigil

Getaran atau gementar pada tubuh.
i) Sakit kepala

Rasa sakit atau ketidanyamanan di kepala.

j) Dehidrasi

Hilangnya cairan tubuh akibat diare dan muntah yang berlebihan.

k) Myalgia

Rasa sakit atau kekakuan otot.

l) Gangguan pencernaan

Gangguan pencernaan seperti perut kembung, memulas, atau perut kembung. Gejala keracunan makanan biasanya muncul dalam beberapa jam hingga beberapa hari setelah memakan makanan atau minuman yang terdedah dengan racun.

 

TEMPOH KERACUNAN
Boleh terjadi seawal 30 minit hingga 72 jam.

LANGKAH MENGELAK DARI KERACUNAN
Untuk menghindari keracunan makanan, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
a) Cuci tangan dengan betul
b) Asingkan makanan mentah dan matang
c) Masak makanan dengan betul
d) Simpan makanan dengan selamat
e) Jaga kebersihan peralatan dan permukaan
f) Hindari makanan yang meragukan
g) Berhati-hati dengan kebersihan ketika makan di luar
h) Pentingnya hidrasi.

Tanda dan gejala keracunan makanan mungkin berbeza antara setiap individu. Orang ramai dinasihatkan untuk berjumpa dengan doctor sekiranya mengalami gejala keracunan makanan.

 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Hannani Juhari (eCentral)

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut