IMIGRESEN GEMPUR 27 LOKASI TUMPUAN WARGA ASING DI SEREMBAN, TAHAN 55 PATI

Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Negeri Sembilan menahan 55 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas menggempur 27 lokasi tumpuan warga asing di sekitar bandar ini selama dua hari sejak kelmarin.

Penahanan itu membabitkan 23 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia, enam lelaki warga Myanmar, 11 lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga Pakistan dan dua lelaki, tiga wanita serta seorang kanak-kanak perempuan warga Vietnam.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, semua yang ditahan berusia antara setahun hingga 51 tahun. Semua PATI itu ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 selepas pemeriksaan ke atas 200 individu dari pelbagai negara. Ketika operasi dijalankan di satu lokasi, pihaknya terpaksa mengejar lima lelaki warga Indonesia yang melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan Imigresen. Bagaimanapun, semua mereka dapat ditahan sebelum dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.

Operasi membabitkan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) itu disertai seramai 19 anggota dan pegawai. Sebanyak 12 borang saman saksi dikeluarkan kepada majikan/penjaga premis untuk hadir ke Imigresen Negeri Sembilan bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …