CIRI KESELAMATAN MYKAD SUDAH MEMADAI – SAIFUDDIN

PUTRAJAYA: Ciri fizikal termasuk keselamatan pada dokumen pengenalan diri atau MyKad sedia ada sudah memadai, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, langkah penting yang perlu ditangani ketika ini adalah dari segi penguatkuasaan dan hebahan kepada orang ramai supaya tidak terjebak dalam memiliki atau menggunakan dokumen pengenalan diri palsu.

“Kita faham hal itu, kita bukan sahaja tangani secara pentadbiran, kita ada bahagian penguat kuasa di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), kita ada keupayaan mengesannya (MyKad palsu), kita juga ada program hebahan kepada masyarakat elak memiliki dokumen diri yang tidak sah.

“Jadi perkara kita nak sebut, apakah kita bercadang untuk mengubah (MyKad)? (Sebab) kalau dari segi fizikal itu memadai tetapi langkah yang kita nak ambil ialah, pertama hebah kepada masyarakat jangan sesekali terjebak dalam keadaan begitu,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau mengulas kes MyKad palsu digunakan warga asing untuk mendapatkan pekerjaan di negara ini serta adakah kerajaan berhasrat menambah baik ciri keselamatan dokumen berkenaan.

Sebelum ini beberapa kes dilaporkan membabitkan warga asing menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di negara ini.

Terbaru, taktik licik pasangan warga Filipina menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja sejak lebih 10 tahun lalu terbongkar selepas mereka dicekup dalam operasi di Kota Damansara, Isnin lalu.

Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, suami isteri itu dipercayai masuk ke negara ini melalui Johor Bahru pada 2006.

Selain itu, Saifuddin mendedahkan, JPN pernah menerima kes membabitkan pasangan ibu bapa mendaftarkan kelahiran bayi yang bukan anak mereka, sebagai anak kandung.

“Antara punca terbesar ialah apabila pasangan yang mengambil anak angkat atau temui bayi, dia kemudian isytihar anak itu sebagai anak kandung dia, masa kecil …ya tak boleh beza tetapi apabila usia 12 tahun dan wajib miliki MyKad, kita boleh kesan, fizikalnya pun kita boleh kenal.

“Biasanya apabila kita temui kes sebegini, kita tidak terus menghukum mereka, sebaliknya kita nasihatkan mereka daftar balik, buat perkara yang betul mengikut lunas undang-undang,” katanya.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …