SISIPAN SEJARAH PADA 16 MEI 1956: PEMBUKAAN PANGKALAN TENTERA LAUT DI MALAYSIA TIMUR

Pada tarikh  ini dalam tahun 1956, Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan telah meluluskan “Penyata Jawatankuasa Pelajaran Razak”. Penyata tersebut telah disediakan oleh Jawatankuasa Pelajaran yang terdiri daripada 15 orang ahli dengan diketuai oleh YB Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran. Dasar ini disediakan bertujuan untuk mengimbangkan kemajuan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan dalam masa yang sama, membenarkan perkembangan bahasa dan kebudayaan lain-lain kaum di negara ini. Ketika membentangkan penyata pelajaran ini, YB Dato’ Abdul Razak menyifatkan penyata tersebut sebagai asas kepada suatu sistem pelajaran kebangsaan dengan tujuan untuk membentuk satu rupa bangsa yang bersatu-padu di negara ini.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut