Kepada bakal jemaah haji, berikut adalah vaksin yang wajib dan amat digalakkan untuk diambil :
- Wajib – Meningococcal
- Amat digalakkan – Penumococcal / Influenza
Tip kekal sihat kepada jemaah haji dan petugas haji
Antara amalan sihat di tanah suci
- Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
- Pakai pelitup muka di tempat tumpuan ramai
- Bersenam
- Makan secara sihat
- Tidak merokok
Tip kekal sihat kepada jemaah haji dan petugas haji
Kekal bersih di Tanah Suci.
Cuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan dan jangan berkongsi peralatan peribadi dengan orang lain.
Tip kekal sihat kepada jemaah haji dan petugas haji.
Elak risiko jangkitan penyakit berjangkit dengan mengambil suntikan vaksinasi yang disarankan, elak kontak langsung dengan unta dan hadkan pergaulan dengan mereka yang sakit.
Pematuhan pengambilan ubat kepada jemaah haji.
Pastikan bekalan ubat mencukupi dan sentiasa bawa ubat ketika menunaikan rukun haji.
Simpan ubat dalam bekas kalis air dan jangan berkongsi ubat dengan orang lain.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth