PAHANG LULUS PROJEK PERINTIS PERLOMBONGAN NR-REE DI MUKIM JELAI

KUANTAN: Kerajaan Pahang meluluskan cadangan Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) seluas 220 hektar di Sungai Wang, Mukim Hulu Jelai, Lipis.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kelulusan itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Ke-13/2024 pada 3 April lalu.

Katanya, ketika ini kerajaan negeri dalam peringkat pemurnian fasa akhir prosedur operasi standard (SOP) perlombongan NR-REE Pahang yang diterajui oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang (PTG) dan Pahang Mining Corporation (PMC) sebelum diangkat untuk pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa negeri.

“Kerajaan negeri mengamalkan sikap terbuka kepada mana-mana pengusaha dan pelabur sektor perlombongan untuk menjalankan eksplorasi NR-REE di Pahang dan juga bersedia menawarkan kerjasama bagi pembukaan kilang memproses NR-REE di negara ini, khususnya di Pahang,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Cheka) yang ingin tahu kesediaan kerajaan untuk perlombongan bahan nadir bumi sebagai sumber pendapatan negeri pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini hari ini.

Beliau berkata, kelulusan projek perintis NR-REE itu susulan lawatan kerja delegasi kerajaan Pahang yang diketuainya sendiri ke tapak NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Negeri Perak pada 25 September lalu.

“Lawatan itu bertujuan untuk melihat serta mempelajari teknik perlombongan NR-REE yang dilakukan tanpa menjejaskan alam sekitar,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Khaizulnizam Mohamad Zuldin (BN-Kemayan) yang bertanyakan kaedah dan teknik perlombongan akan menjejaskan alam sekitar, Wan Rosdy berkata, pelaksanaannya terkawal dan dipantau setiap masa.

“Kaedah perlombongan juga yang terbaik, mesra dan selamat,” katanya.

sumber: BH

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut