LELAKI WARGA KOREA DIDAKWA GUNA DOKUMEN PALSU

KOTA KINABALU (10 Mei): Seorang lelaki warga Korea dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen untuk urusan kerja pada September tahun lalu.

Tertuduh, Lee Chang Whan, 33, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Menurut kertas pertuduhan, Lee dituduh menggunakan dokumen Perjanjian Subkontrak Pindaan palsu bagi kerja pemasangan cerucuk di antara Hyundai Engineering Sdn Bhd dan Budiwan Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah syarikat di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di Sepanggar pada 22 September 2023. Berikutan itu tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama.

Hukuman bagi kesalahan itu ialah penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Mahkamah kemudian menetapkan 10 Jun depan untuk pengurusan kes, manakala tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin tempatan.

Selain itu, mahkamah turut membenarkan pasport tertuduh dikembalikan bagi membolehkannya memperbaharui permit kerja. Bagaimanapun, tertuduh diperintah untuk menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah setelah pembaharuan permit kerjanya selesai.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut