2,013 WARGA FILIPINA DIHANTAR SEMULA KE NEGARA ASAL

KOTA KINABALU (9 Mei): Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah merekodkan seramai 2,013 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang merupakan tahanan warganegara Filipina telah dipindahkan ke negara asal setakat tahun ini.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Siti Saleha Habib Yussof berkata, pemindahan tersebut adalah melibatkan pengangkutan laut dan udara.

“Kesemua PATI yang dipindahkan telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963. Hukuman yang dikenakan juga adalah berdasarkan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar ke negara asal dikenakan,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Siti Saleha berkata, untuk Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 7 untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun ini, seramai 226 orang direkodkan untuk program pemindahan berkenaan.

“Pecahan tahanan yang dihantar pulang pada hari ini adalah seramai 226 orang di mana 153 daripadanya lelaki, 56 wanita dan 17 kanak-kanak berusia 12 tahun. Purata umur bagi tahanan yang terlibat pemindahan kali ini adalah antara 2 tahun sehingga 73 tahun.

“Kanak-kanak yang terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu / bapa dan penjaga masing-masing melalui laut dengan menggunakan pengangkutan Vessel MV Antonia 1.

“PATI yang terlibat pada kali ini adalah tahanan warganegara Filipina dari Depot Imigresen Sandakan sahaja,” jelas Siti Saleha.

Menurutnya lagi, JIM Negeri Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PATI setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing.

 

 

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut