SISIPAN SEJARAH PADA 1 MEI 1972: YAYASAN TERENGGANU DITUBUHKAN

Pada 1 Mei dalam tahun 1972, Yayasan Terengganu telah ditubuhkan dengan rasminya di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 dengan hasrat untuk membantu kerajaan memajukan industri Pendidikan. Objektif utama penubuhan Yayasan Terengganu adalah untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri Terengganu. Bantuan pendidikan yang diberikan oleh Yayasan ini adalah berbentuk menaja pelajar di institusi pengajian dan latihan kemahiran, membantu pelajar di peringkat persekolahan, menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan serta latihan dan menyelaras segala bentuk bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua peringkat pengajian. Dalam tempoh antara tahun-tahun 1976 ke 1980 Yayasan Terengganu telah menawarkan sejumlah 2,274 biasiswa/pinjaman kepada penuntut-penuntut baru yang melanjutkan pelajaran mereka ke institusi-institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negeri. Pemberian biasiswa ini akan bertambah dari tahun ke tahun.  Bermula pada tahun 1980 Yayasan Terengganu telah membina asrama berkelompok di setiap daerah kecuali Marang bagi menampung kekurangan asrama yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Yayasan Terengganu juga mempunyai rancangan tahunan berupa pemberian anugerah khas kepada pelajar-pelajar di peringkat darjah 5, Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC).  Pemberian anugerah ini dimulakan pada tahun 1980 sebagai memberi galakan kepada pelajar-pelajar supaya berusaha bersunguh-sungguh untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaannya. Berdasarkan peranan yang dimainkan jelaslah Yayaran Terengganu berjaya mencapai objektifnya sebagai badan mengelola pemberian bantuan pelajaran anak-anak negeri Terengganu.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut