KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP ‘JOB SCAM’ PERLU DITINGKATKAN

KOTA KINABALU (8 Mei): Kesedaran awal perlu dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat tentang penipuan pekerjaan dari luar negara atau lebih dikenali ‘Job Scam’.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, walaupun Sabah mempunyai jumlah kes yang sedikit iaitu 42, masyarakat perlu sedar agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan pekerjaan yang melibatkan golongan berusia 18 sehingga 29 tahun itu.

Job Scam sedang berleluasa sekarang ini dan ramai rakyat terperangkap tawaran bekerja di luar negara dengan gaji lumayan, elaun tinggi dan tiket, hotel serta makanan percuma tetapi akhirnya mereka terjerumus. Orang ramai perlu berhati-hati dan jangan sampai terpedaya kerana sekiranya terperangkap macam-macam perkara akan berlaku sehingga membahayakan nyawa mereka.

“Ini menjadi kebimbangan saya juga, jangan rakyat Sabah terperangkap dengan Job Scam dan antara cara untuk mengatasinya adalah dengan memberi maklumat, pencerahan serta kesedaran awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Diplomasi Awam Wisma Putra di Dewan Al-Bukhari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, di sini.

Mohammad berkata, scammer dahulu memang menyasarkan kepada mereka yang berada di Kuala Lumpur, Selangor tetapi apabila program dibuat secara efektif di sana, scammer tidak berani untuk merekrut lalu mereka menyasarkan Malaysia Timur.

“Saya akan minta kepada jawatankuasa terlibat untuk memasukkan topik Job Scam agar orang ramai sedar, jangan mudah terpedaya jika mendapat sebarang tawaran pekerjaan terutamanya dari media sosial dan sentiasa berhati-hati,” katanya

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut