KDYMM SULTANAH TERENGGANU BERANGKAT LAWAT BENGKEL SONGKET PENJARA MARANG

Penghuni Penjara Marang, terharu dan berbesar hati apabila hasil kerja mereka diiktiraf dan ia satu penghormatan buat penghuni yang terlibat dalam tenunan songket.

Rashid (bukan nama sebenar),33, Β berkata dia bersyukur dengan anugerah kebolehan menenun yang diberikan Allah dan dalam tempoh tujuh tahun belajar di Bengkel Songket Penjara Marang, dia mampu meraih kemahiran walaupun masih perlu banyak belajar untuk menjadi penenun berkemahiran tinggi. Lebih membanggakan apabila songket bernilai ribuan ringgit itu dibeli dan digunakan orang kenamaan dari pelbagai negeri.

Hasil tenunan songketnya pernah menjadi pilihan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan kepercayaan itu membuatkan penghuni penjara terus berusaha sedaya upaya menghasilkan produk tenun yang terbaik.

Sementara itu, bagi Karim Β (bukan nama sebenar),35, yang hanya berbaki hukuman penjara dalam tempoh 10 bulan lagi berkata Penjara Marang kini bukan sekadar tirai besi yang menempatkan banduan, tetapi turut melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang tenunan songket sejak 2004. Dia mengambil masa empat tahun untuk menguasai ilmu tenunan songket dengan bantuan kakitangan dan pegawai di penjara ini.

Sejak menyertai bengkel tenunan itu, ia mengajar dirinya untuk bersikap sabar yang secara tidak langsung juga mencetuskan rasa keinsafan dan penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan dahulu. Dia yang mula menjalani hukuman pada 2017 berkata, ilmu kemahiran tenun yang dipelajari di penjara akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjalani hari-hari biasa selepas dibebaskan kelak.

Kini batik dan songket yang dihasilkan oleh penghuni Penjara Marang mendapat perhatian dan sambutan yang amat menggalakkan terutamanya dari peminat batik dari seluruh negara. Jenama batik ini juga semakin meningkat naik dan kini dikelani sebagai Batik Serating.

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Pulau …
Maklumat Lanjut

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Seberang …
Maklumat Lanjut

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE ESSCOM

Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Raja Dato’ Nurshirwan bin Zainal Abidin …
Maklumat Lanjut