PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin menasihatkan agar mana-mana pelajar yang belum mendaftar keberadaan mereka terutama di kawasan Timur Tengah untuk segera berbuat demikian.

“Kita mempunyai lebih kurang 2,000 lebih pelajar yang kini berada di Jordan.

“Selain mengemaskini maklumat, para pelajar yang berada di negara yang bergolak ini juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti arahan daripada pihak berkuasa tempatan dan arahan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dari semasa ke semasa.

“Saya juga maklum terdapat kebimbangan di kalangan ibu bapa terutama apabila krisis di Timur Tengah meletus baru-baru ini.

“Walaubagaimanapun, saya ingin menyatakan bahawa ibu bapa jangan bimbang, jangan khuatir kerana keadaan masih terkawal.

“Pada ketika ini, kerajaan membuat keputusan belum sampai tahap dimana adanya keperluan membawa pelajar-pelajar ini balik kerana keadaan masih selamat dan terkawal,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kementerian beliau di Dewan Terbuka Tapak Tamu Bongawan, pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kimanis memberi jaminan Wisma Putra dan KPT akan sentiasa memantau krisis yang berlaku di Timur Tengah dari semasa ke semasa. Kira-kira 5,000 tetamu hadir memeriahkan majlis yang diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim di antara para pemimpin dan rakyat.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut