NEGERI SEMBILAN PERLU KEKALKAN SIFAR MISKIN TEGAR – TUANKU MUHRIZ

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah Negeri Sembilan perlu mengekalkan pencapaian sifar miskin tegar seperti diraih pada penghujung tahun lalu bagi memastikan tiada lagi golongan itu di negeri ini. Baginda bertitah, kerjasama kukuh dalam Kerajaan Perpaduan menunjukkan prestasi yang amat baik melalui beberapa pencapaian cemerlang kerajaan negeri pada tahun lalu.

Baginda gembira apabila Negeri Sembilan telah berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar pada penghujung tahun lalu dan difahamkan pencapaian ini melibatkan seramai 3,530 ketua isi rumah (KIR) di seluruh Negeri Sembilan. Pencapaian ini adalah amat membanggakan dan perlu dikekalkan bagi memastikan tiada lagi miskin tegar di negeri ini.

Baginda bertitah pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan yang ke-15 di sini pada Isnin.Turut berkenan berangkat, Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. Hadir sama, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Tuanku Muhriz turut bertitah sebagai ketua agama negeri, baginda mahu supaya perhatian serius diberikan terhadap usaha meningkatkan ekonomi dan ilmu pengetahuan umat Islam di negeri ini sekali gus menjadikan masjid dan surau sebagai tempat menyebarkan lagi syiar Islam. Ia bukan setakat hanya bagi tujuan mendirikan solat, bahkan sebagai pusat perkembangan ilmu, penyebaran dakwah, pusat aktiviti sosial dan medan penyatuan ummah. Bagi kelestarian pembangunan modal insan di Negeri Sembilan, beta berpandangan bahawa kemajuan bidang pendidikan perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan.

Berhubung prestasi pengurusan kewangan negeri, baginda bertitah ia amat menggalakkan apabila pentadbiran kerajaan negeri berjaya mengutip hasil sebanyak RM541.42 juta berbanding anggaran RM450 juta. Prestasi ini juga telah mengubah belanjawan defisit RM108.96 juta kepada surplus RM4.93 juta. Susulan daripada kutipan surplus ini, rizab negeri bagi Akaun Hasil Disatukan kini berada pada tahap yang amat baik iaitu sebanyak RM410.48 juta. Pencapaian pelaburan Negeri Sembilan pada tahun 2023 pula mencatatkan pelaburan tertinggi yang pernah direkodkan, iaitu RM10.1 bilion. Jumlah ini berjaya mengatasi sasaran awal dan merupakan pencapaian rekod tertinggi dalam sejarah pentadbiran kerajaan negeri beta, iaitu sebanyak RM8.9 bilion bagi tahun 2022.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut

KERJA ADALAH IBADAH DAN AMANAH

IBADAH berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/ pengagungan. Menurut Ibnu Taimiyyah, ibadah adalah nama yang menggabungkan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut