KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha yang telah, sedang dan akan diambil oleh kerajaan di negeri ini, termasuk Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, sehubungan itu meminta pengamal media di negeri ini terus memberi sokongan dan membantu dalam melaporkan program yang dilaksanakan kerajaan agar dapat diketahui rakyat di peringkat akar umbi.

“Sebab itu, sebagai tanda sokongan berterusan dan menghargai sumbangan media di Sabah, saya telah membuat keputusan pada 2022 untuk meningkatkan jumlah sumbangan kerajaan negeri bagi penganjuran Anugerah Kewartawanan Kinabalu daripada RM60,000 sebelum ini kepada RM100,000.

“Jumlah yang sama juga diberikan bagi penganjuran Anugerah Kewartawanan Kinabalu pada tahun ini. Peningkatan sumbangan ini juga adalah pengiktirafan kerajaan negeri kepada media sebagai salah satu rakan kongsi yang penting dalam membantu menyebarkan dasar dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri,” katanya pada Majlis Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Media 2024, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.

“Menerusi laporan media ia kadangkala menjadi antara sumber maklumat kepada kerajaan untuk mengetahui apa yang berlaku di peringkat akar umbi, selain rintihan rakyat. Saya juga meminta media supaya mengamalkan sikap bertanggungjawab, profesional dan beretika dalam menyampaikan laporan agar rakyat tidak keliru hingga menimbulkan rasa bimbang.”

“Oleh itu, saya menggesa media arus perdana supaya menyediakan berita yang tepat dan berfakta bagi menangkis pelbagai berita palsu yang dilaporkan di media sosial,” katanya.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut