ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah menjalani ibadah puasa pada bulan sebelumnya iaitu bulan Ramadan. Hari Raya Aidilfitri ialah pemberian Allah SWT kepada hamba-Nya. Bulan ini dikatakan sebagai bulan yang istimewa untuk umat Islam. Terdapat beberapa peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan ini. Sejarah-sejarah yang berlaku pada bulan Syawal ini sangat penting untuk diketahui oleh kita selaku umat baginda Nabi Muhammad SAW, selain daripada kita mengingati kembali kisah-kisah luar biasa perihal cubaan dan ujian yang menghalangi dakwah Rasulullah SAW, kita juga dapat mengambil hikmah dan pelajaran dari sejarah tersebut.

Di antara sejarah yang berlaku pada bulan Syawal ini terbahagi kepada tiga bahagian, (1) peperangan; (2) pernikahan; dan (3) sejarah lahirnya ulama. Sejarah pertama merupakan peristiwa yang paling banyak banyak berlaku di mana hal ini menjadi sandungan dalam ujian kepada dakwah baginda Rasulullah SAW. Sejarah yang kedua merupakan beberapa catatan baginda Nabi Muhammad SAW yang melangsungkan akad nikah di bulan Syawal, kerana inilah tidak hairan bulan ini sinonim bagi masyarakat kita dikenali dengan istilah “bulan nikah”. Dan sejarah yang ketiga ini merupakan peristiwa kelahiran dan wafatnya ulama-ulama tersohor pada bulan ini.

Berikut adalah merupakan sejarah-sejarah yang disebutkan secara ringkas:

  1. Perang Uhud berlaku pada tahun ketiga di bulan Syawal setelah hijrahnya baginda Nabi Muhammad SAW ke Madinah, sepertimana yang telah disebutkan oleh ulama-ulama sejarah, seperti Imam Ibnu Kathir dalam salah satu karyanya, Sirah Nabawiyah li Ibn Kathir, dan Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buthi dalam Fiqh Sirah Nabawiyah.
  2. Perang Khandak yang juga dinamakan sebagai Perang Ahzab berlaku pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah. Khandak bermaksud parit, manakala Ahzab bermaksud bersekutu. Perang tersebut dinamakan Khandak kerana kaum muslimin menggali parit mengelilingi Kota Madinah sebagai strategi peperangan. Perang tersebut turut digelar Ahzab kerana bersatunya musuh dari kabilah Arab, Yahudi dan Habsyi menentang kaum muslimin.
  3. Perang Hunain berlaku pada bulan Syawal tahun 8 hijrah di lembah Hunain, iaitu sebuah lembah yang menjadi penghubung antara kota Mekah dan Thaif. Perang Hunain merupakan pertempuran yang terjadi antara pasukan Islam dengan Suku Hawazin dan Tsaqif. Disebut dengan “Perang Hunain” kerana pertempuran ini berada di Lembah Hunain yang terletak tidak jauh dari Thaif.
  4. Perang Thaif berlaku pada bulan Syawal tahun 8 Hijrah, setelah meletusnya perang Hunain. Dalam perang ini, pasukan kaum muslimin mengejar sisa-sisa pasukan Quraisy yang melarikan diri dari perang Hunain, yang bersembunyi di dalam benteng kota yang kukuh, sehingga umat Islam tidak dapat menembus banteng tersebut.
  5. Bulan Syawal juga dikenali sebagai Bulan Pernikahan. Kerana rata-rata dikalangan masyarakat pada bulan ini melangsungkan akad pernikahan. Hal ini adalah sebagai sebuah langkah dan upaya bagi mereka untuk mengikuti salah satu daripada amalan sunnah baginda Nabi Muhammad SAW, iaitu melangsungkan pernikahan di bulan Syawal. Pernikahan Rasulullah SAW dengan Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Ummu Salamah, adalah merupakan salah satu dari peristiwa bersejarah yang berlaku di bulan Syawal.
  6. Peristiwa lahir dan wafatnya Imam Bukhari yang menjadi catatan sejarah pada bulan Syawal. Ia dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 13 bulan Syawal pada tahun 194 Hijrah di kota Bukhara, Uzbekistan. Ia juga wafat pada bulan Syawal, iaitu malam 1 Syawal (malam hari raya Aidil Fitri), kemudian dimakamkan (dikebumikan) pada hari raya tanggal 1 Syawal.

Demikian enam peristiwa sejarah penting yang berlaku pada bulan Syawal dari masa ke masa. Semoga ianya dapat menjadi inspirasi dan pemangkin semangat bagi kita untuk terus meneladani perjuangan baginda Nabi Muhammad SAW.

 

Sumber: UstazUstazah.com

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut