SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan individu termasuk dua wanita di dua premis dalam satu serbuan di Petaling Jaya, Selangor pada 25 April lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.

Beliau berkata pihaknya turut merampas pelbagai barang antaranya tujuh komputer riba, 11 telefon bimbit, sejumlah wang palsu mata wang US Dollar serta 10 replika jongkong emas.

“Hasil siasatan mendapati sindiket disyaki menjalankan kegiatan penipuan pelaburan secara dalam talian dengan menyasarkan warga tempatan.

“Premis terbabit telah dijadikan sebagai pusat khidmat pelanggan selain turut digunakan sebagai pusat pengiklanan dan promosi pelaburan menggunakan aplikasi TikTok,” katanya dalam Sidang Media Khas Pengarah JSJK di Menara KPJ di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang ditahan berperanan selaku pengarah syarikat, pengurus, moderator, tenaga pengajar, penyunting dan “host live TikTok”.

Beliau berkata sindiket mempromosikan urus niaga pasaran saham yang didakwa beroperasi di Hong Kong dan pelabur yang berminat akan dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram.

“Mereka diajar untuk melakukan urus niaga jual beli saham berkenaan melalui laman web yang diberikan oleh pihak sindiket.

“Pihak polis percaya kegiatan ini telah aktif sejak Ogos tahun lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

– BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut