PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan dan seterusnya memelihara keterjaminan sumber makanan di negeri Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata, bertemakan ‘Kaamatan Menjangkaui Keterjaminan Makanan’, ia amat bertepatan dengan objektif dan semangat sebenar perayaan Pesta Kaamatan berdasarkan mitos perayaan ini diadakan.

“Perayaan Pesta Kaamatan adalah salah satu acara penting kepada rakyat Sabah kerana ia merupakan satu perayaan yang diraih setiap tahun terutama di kalangan masyarakat KDMR.

“Ia bukan sahaja bertujuan mengeratkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama, tetapi sebaliknya juga bagi menyatakan rasa kesyukuran di atas hasil tuaian yang baik.

“Justeru dalam konteks keterjaminan makanan kerajaan negeri menerusi kementerian Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) terus komited dengan usaha meningkatkan tahap sara hidup dan sara diri hasil pertanian terutamanya padi untuk memperkukuhkan keterjaminan makanan di Sabah,” katanya.

Malah, tambah Hajiji, MAFFI juga telah mewujudkan Jawatankuasa pengurusan tertinggi di peringkat kementerian bagi membincangkan dan menangani isu-isu berkaitan keterjaminan makanan. Katanya, ini kerana negeri Sabah pada masa ini hanya mencapai tahap sara diri sebanyak 20.8 peratus dan selebihnya masih bergantung kepada Bekalan beras dari sumber luar atau diimport.

Tambahnya lagi, keadaan cuaca yang tidak menentu amat memberi kesan terhadap hasil pertanian, justeru kita telah mengambil pelbagai Langkah bagi memperkukuhkan keterjaminan makanan di negeri ini.

“Oleh itu, pada 17 April baru-baru ini, Kabinet Negeri telah bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah sebagai sebahagian daripada Inisiatif pengeluaran serta Keselamatan makanan di negeri ini.

“Ia juga antara usaha kerajaan bagi meningkatkan tahap sara diri, terutama sekali dalam isu beras. Langkah itu penting berikutan Sabah terpaksa mengimport kira-kira 70 peratus daripada leperluan beras di negeri ini,” katanya. Untuk itu, katanya, kabinet negeri telah memohon diperkenankan penubuhan Lembaga ini dan digazetkan berasaskan kepada Seksyen 3 Enakmen Lembaga Hasil Pertanian 1991.

Hajiji berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri MAFFI Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang mewakili beliau merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau pada hari Rabu. Beliau mengambil kesempatan itu mengucapkan Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan dan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga pekerja di Sabah.

Turut hadir, Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir, Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin, para Pembantu Menteri, Pegawai Daerah Tinus Manggam dan lain-lain.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Borneo Daily Bulletin

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut