RANAU (1 Mei): Seorang pendaki wanita terpaksa diusung turun dari Gunung Kinabalu kerana tidak dapat berjalan selepas buku lali terseliuh dan bengkak di kawasan Kilometer 6.2 di sini, hari ini.
Wanita warga tempatan berusia 31 tahun itu dibawa ke Timpohon Gate menggunakan Robinson Stretcher oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pasukan MOSAR menerima panggilan kecemasan daripada Malim Gunung terdapat seorang pendaki di bawah jagaannya terseliuh dan mengalami kecederaan.
“Mangsa cedera buku lali terseliuh dan bengkak di sebelah kanan ketika perjalanan turun dari KM 6.2 Gunung Kinabalu.
“Tindakan MOSAR memberi rawatan awal dan seterusnya membawa turun mangsa menggunakan Robinson Stretcher menuju ke Timpohon Gate,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa kemudian diserakan kepada ejan pelancongan dan permintaan mangsa untuk menerima rawatan di Kota Kinabalu.
“Operasi tamat pada 4.50 petang,” katanya.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah
Sumber: Info X