TUKANG MASAK MAUT NAHAS JALANRAYA DI TAWAU

TAWAU (29 April): Seorang tukang masak di salah sebuah restoran terkenal di sini maut apabila terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Merotai – Bombalai sekitar jam 7.20 malam, pada Ahad.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa, 21, dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC berlanggar dengan sebuah motosikal Yamaha Y16ZR ditunggang lelaki, 24, di lokasi.

“Kedua-dua motosikal berada di laluan sama iaitu menuju ke Merotai dan apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu berlanggar dengan sebuah lagi motosikal tersebut.

“Akibatnya, mangsa terjatuh dari motosikal dan menyebabkannya dilanggar sebuah van jenis Toyota Hiace, dipandu lelaki 41 tahun yang melalui jalan itu dari arah Keningau menuju ke bandar Tawau,”katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut