SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk terurai tidak ditangani secara efektif.

Menurut EXCO Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, berdasarkan data SWCorp, sebanyak 432,901 tan metrik sisa tekstil dibuang rakyat negara ini pada 2021.Menurutnya, jumlah itu meningkat dua kali ganda berbanding 195,300 tan metrik pada 2018. Hanya 15 peratus sahaja tekstil terpakai secara teorinya dikitar semula selain ada yang dihantar keluar negara.

Kempen Sifar Sisa Tekstil yang diperkenalkan berupaya memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan pemulihan tekstil dan kelestarian alam. Pusat Kitar Semula Tekstil di Jempol ini diwujudkan Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd bertujuan mengurangkan jumlah buangan sisa tekstil melalui proses pengekalan, pembaikan dan penggunaan semula.

Dengan mengalihkan tekstil dari tapak pelupusan sampah yang sudah sesak, ia menyumbang secara signifikan kepada pengurangan jumlah sisa dan mengurangkan beban pada sistem pelupusan negara.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut