KERAJAAN TERENGGANU GIAT PANTAU AJARAN SESAT

Ajaran dan amalan sesat bukanlah satu perkara baru di Malaysia di mana ia bertapak sejak abad ke-15 lagi melalui pengaruh dari Nusantara yang berasaskan kepercayaan Dinamisme dan Animisme.Oleh itu, kerajaan Negeri Terengganu sentiasa memantau ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Mufti Negeri daripada terus diamalkan masyarakat.

Antara ajaran sesat yang dipantau oleh Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah melibatkan ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya ajaran ini terus disebarkan di negeri Terengganu mengikut Seksyen 10 (menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama) atau Seksyen 12 (pendapat yang bertentangan dengan fatwa).

PPS JHEAT telah menerima beberapa aduan berhubung ajaran yang meragukan dan tindakan sewajarnya telah diambil berdasarkan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 dengan kesemua kes tersebut masih dalam proses risikan dan siasatan.

Satu hantaran di akaun Facebook โ€˜Imam Muda Kulanโ€™ mendakwa ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak-pihak tertentu di sekitar Besut. Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengeluarkan fatwa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sama ada di peringkat pusat atau negeri juga bertanggungjawab untuk mengkoordinasikan tindakan dan strategi untuk menjaga keamanan negara, terutama isu yang menjadi perhatian umum iaitu penyebaran ajaran sesat yang dapat mengganggu keamanan dan kestabilan masyarakat.

Sumber:BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal โ€“ Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut