APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Penstrukturan semula akaun KWSP melibatkan perubahan daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

  • Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan”; dan
  • Akaun 2 pula dinamakan “Akaun Sejahtera” tanpa perubahan pada tujuan di kedua-dua akaun tersebut;
  • Memperkenalkan satu akaun baharu iaitu Akaun ke-3 iaitu “Akaun Fleksibel”;
  • Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun 1 Persaraan (75%), Akaun 2 Sejahtera (15%) dan Akaun 3 Fleksibel (10%).

Tujuan Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Penstrukturan semula akaun ini dibuat bertujuan untuk:

    • Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;
    • Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;
    • Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan
    • Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.

Syarat-syarat & Kaedah Pengeluaran Akaun 3

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

      • Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
      • Belum mencapai umur 55 tahun
      • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
      • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

Tarikh Pelaksanaan

Pelaksanaan penstrukturan 3 akaun KWSP ini akan bermula pada 11 Mei 2024.

Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua Ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 11 Mei 2024.

 

Sumber: KWSP

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut