TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KAMPUNG SUNGAI IKAN, TERENGGANU TERBAKAR.

Operasi memadam lebih 75 peratus kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu sedang giat dijalankan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Hassan ‘As’ari Omar berkata, kebakaran membabitkan lebih enam daripada lapan hektar kawasan pusat pelupusan sampah itu dikesan terbakar sejak kelmarin.

Pada waktu siang pula, angin agak kencang dan api merebak dengan cepat. Ketika ini 15 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dan BBP Kuala Terengganu bersama jentera dan lori tangki berkapasiti 20,000 liter air dikejarkan ke lokasi kejadian. Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan ini disebabkan jarak penglihatan yang terhad terutama pada waktu siang.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …