TEKAN PEMATUHAN GARIS PANDUAN DAN ASPEK KESELAMATAN PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

KUANTAN, 25 APRIL 2024 : Keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi adalah penting di mana pembinaannya perlu mengikut spesifikasi yang telah gariskan oleh Kerajaan Negeri bagi mengelak sebarang risiko terhadap aspek keselamatan mahupun gangguan perkhidmatan selular.

Pematuhan garis panduan berkenaan diberi perhatian serius daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang melalui Pusat Agensi Setempat (“OSA”) Shahzan Alam Muda Sdn Bhd dalam memastikan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Pahang terutamanya Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan 5G dapat diurus secara cekap serta berkesan.

Pengurus Besar Touch Mindscape Sdn Bhd, Encik Shuhairi Abdul Shukor berkata, pihaknya memastikan pembinaan menara dilaksanakan mengikut tertib atau tatacara yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi memastikan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan diselesaikan dengan sempurna.

“Bagi Projek JENDELA, kami terlibat dalam membina 46 daripada 192 menara di seluruh Pahang dan di bawah EDOTCO, 258 menara di seluruh Malaysia. Sudah pasti kami ingin memastikan hubungan baik bersama Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan terus terjalin erat dan mendukung amanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang di dalam memenuhi tanggungjawab dan mandat yang diberikan.

“Penekanan sudah pasti mengenai aspek pematuhan dan pembinaan secara sah yang menjamin kualiti menara yang menyediakan khidmat talian telekomunikasi yang lancar dan selamat terutamanya kepada masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Jalinan Aidilfitri Touch Mindscape Sdn Bhd dan Shahzan Alam Muda Sdn Bhd di sini.

Majlis berkenaan diserikan dengan keberangkatan Pengerusi Shahzan Alam Muda, YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Edotco, Adlan Tajudin.

Pada majlis berkenaan, Tengku Muhammad Iskandar turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 31 orang anak yatim dan Rumah Perlindungan Puteri Anak Yatim dan Fakir Miskin Kebajikan Baitul Husna, Kuantan.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut