DUA AHLI ‘GENG BEAN’ AKTIF CURI MOTOSIKAL DI KL, JUAL DI SEREMBAN TUMPAS

Polis menumpaskan ‘Geng Bean’ yang aktif mencuri motosikal dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan sekitar ibu kota dan Seremban, kelmarin. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Habibi Majinji berkata, serbuan pertama di Keramat, di sini, membawa penahanan lelaki berusia 33 tahun bersama rampasan empat motosikal sekitar pukul 11.30 pagi.

Suspek pertama telah memandu arah ke sebuah bengkel motorsikal di Kampung Kayu Ara, Seremban, Negeri Sembilan, sekitar pukul 3 petang. Suspek menunjukkan lokasi rakannya berusia 35 tahun yang merupakan pemilik dan mekanik di bengkel tersebut. Pemeriksaan di bengkel membawa rampasan sebanyak sepuluh motosikal pelbagai jenama dan enam bongkah enjin motorsikal serta satu alat pencanai.

Hasil siasatan mendapati sindiket aktif sejak dua tahun lalu dan modus operandi mereka akan mencuri motosikal di Kuala Lumpur sebelum bawa ke bengkel di Seremban untuk dileraikan dan dijual. Dengan tertangkapnya suspek, sebanyak 20 kes kecurian kenderaan motosikal telah diselesaikan. Polis juga masih meneruskan siasatan dan risikan bagi mengesan dua lagi baki ahli kumpulan yang aktif melakukan jenayah curi motosikal di sekitar ibu kota.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek kes ini menjual komponen motosikal dicuri kepada kumpulan pelumba haram atau pihak yang lain. Hasil keseluruhan kes melibatkan sembilan di Kuala Lumpur dan satu kes Pahang, baki 10 kes masih dalam siasatan.  Kesemua suspek direman selama lima hari sehingga esok ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.

Sumber: KOSMO Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …