PROGRAM BUDAYA TIGA SERUMPUN 2024 TERUS PERKUKUH TIGA NEGARA

Program Budaya Tiga Serumpun 2024 menjadi platform memartabatkan Bahasa Melayu serta mengukuhkan persaudaraan antara tiga buah negara serumpun iaitu Malaysia, Brunei serta Indonesia. Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, program itu telahpun bersiaran selama 18 tahun di tiga buah negara dan menjadi simbolik persefahaman serta  kesatuan hati antara Radio Televisyen Malaysia (RTM), Radio Televisyen Brunei (RTB) dan Radio Republik Indonesia (RRI).

Program tersebut juga mampu menonjolkan sisi budaya, pelancongan, ekonomi dan kemajuan ketiga-tiga negara. Beliau merasakan program ini amat baik dan harap dapat diteruskan, semu telah sedia maklum program ini telah mencapai usia 18 tahun berturut-turut dilaksanakan dan merupakan satu program yang boleh mengeratkan lagi hubungan tiga serumpun. Ia juga menjadi satu kekuatan kepada kita di negara ini terutamanya Negeri Sembilan dan ia harus diperkasakan bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu yang kita agungkan.

Pemilihan Port Dickson sebagai lokasi program tersebut adalah bertepatan dalam usaha mempromosikan tempat pelancongan di daerah itu di samping memberi nilai tambah kepada Industri Kecil sederhana (IKS) di kawasan sekitar. Beliau turut menzahirkan rasa bangga apabila loghat Nismilan turut diketengahkan dalan drama naskah RTM bagi Program Budaya Tiga Serumpun 2024 itu.

Sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut