PERMOHONAN PEKEBUN MUSANG KING CABAR NOTIS KOSONGKAN TANAH DITOLAK

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman 186 pekebun Musang King sekitar Raub terhadap keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang mengeluarkan notis arahan pengosongan tanah.

Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Saiful Edris Zainuddin, berkata Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.

Beliau berkata, mahkamah turut mengesahkan status mereka sebagai penduduk haram dan tindakan kerajaan negeri mengusir mereka tidak berniat jahat.

“Malah pelan pemutihan yang ditawarkan juga tidak ada unsur berat sebelah dan masih boleh dirunding dengan pihak-pihak terbabit,” katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan di sini hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan pekebun terbabit membayar kos berjumlah RM600,000 kepada semua responden.

Pada 2020, mereka memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang ditanam dengan pokok durian Musang King sekitar Raub termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit dan Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.

Mereka menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.

Selain menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga ingin membuat semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan serta hak penggunaan tanah terbabit kepada Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pekebun terbabit juga ingin menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terbabit kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Responden turut diwakili Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Dorah Abdul Kadir, Abdul Hafiz Razat, Fatin Nur Syahirah serta peguam Tan Sri Cecil Abraham, Datuk Sunil Abraham, Noor Muzalifah Shabudin, Mohd Irwan Ismail, Yap Jing Wen, Datuk Mohd Yazid Mustafa, Datuk Mohd Najid Husain dan Nornajihah Ahmad Nadjemudin, manakala pekebun terbabit diwakili peguam Siew Choon Jern, Chen Chiu Hua, Lim Pit Feng dan Brendan Siva.

Siew ketika ditemui pemberita memaklumkan pihaknya akan meneliti keputusan itu sebelum menasihati anak guam mereka untuk membuat rayuan.

SUMBER: PAHANG MEDIA DAN BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut