TRAGEDI HELIKOPTER TERHEMPAS: SULTAN PAHANG TITAH MASJID LAKSANAKAN SOLAT JENAZAH GHAIB

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu melaksanakan solat jenazah ghaib susulan tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi tadi.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya dalam kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.

Turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Nahas itu mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter HOM-AW139 dan Fennec.

“Tragedi terbabit berlaku semasa formasi penerbangan raptai lintas hormat di Pangkalan TLDM Lumut. Salam takziah buat waris dan ahli keluarga mereka yang terkorban,” menurut kenyataan itu. –

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …