5 JUTA RAKYAT MALAYSIA BERISIKO HIDAP PENYAKIT KENCING MANIS

PUTRAJAYA: Seramai lima juta rakyat Malaysia berisiko menghidap pradiabetes dan diabetes dengan kebanyakannya tidak menyedari kerana tidak menjalani pemeriksaan dan saringan kesihatan awal.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, sebanyak 76 peratus daripada jumlah itu dikatakan tidak melakukan saringan kesihatan atau mendapatkan rawatan sehinggalah dikesan menghidap penyakit itu.

Beliau berkata, kebanyakan mereka juga tidak sedar berdepan penyakit diabetes sekiranya tidak menjalani pemeriksaan.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) mengadakan pelbagai program kesedaran seperti membabitkan golongan B40 yang disaran memanfaatkan saringan kesihatan percuma menerusi program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

Katanya, KKM turut mengadakan Program Saringan Kesihatan Nasional melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memudahkan rakyat membuat pemeriksaan kesihatan.

“Selain itu, KKM turut mengadakan kempen ‘Saring, Sahkan, Runding dan Ubah’ yang diadakan secara kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO)bagi mendidik dan menggalakkan orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan, “katanya pada Majlis Perasmian Program Memerangi Pradiabetes di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Dr Nurain Mohd Noor.

Pradiabetes adalah satu keadaan di mana gula dalam darah seseorang melebihi tahap normal tetapi tidak cukup tinggi untuk dilabelkan sebagai diabetes dan ia adalah peringkat awal bagi pesakit yang memungkinkan mereka mendapat penyakit diabetes.

Lukanisman berkata, kerajaan membelanjakan RM4 bilion bagi kos rawatan penyakit diabetes merangkumi hampir 50 peratus jumlah perbelanjaan pengurusan tahunan KKM.

Katanya, KKM akan terus berusaha untuk mengurangkan penyakit ini dengan mengadakan saringan dan khidmat nasihat bagi mengubah gaya hidup rakyat.

“Pada tahun ini KKM juga akan memberi fokus untuk mengadakan pelbagai aktiviti gaya hidup seperti menganjurkan Bulan Malaysia Sihat pada September ini termasuk memperluaskannya kepada semua kementerian,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut