KERUGIAN TERTINGGI SEBANYAK RM625 RIBU MELIBATKAN KES PENIPUAN PELABURAN TIDAK WUJUD

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan siasatan Jenayah Komersial Terengganu bagi tempoh bermula 14 April 2024 sehingga 20 April 2024 mencatatkan sebanyak 98 laporan polis yang diterima berbanding 58 laporan bagi minggu sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 40 kes.

Berdasarkan jumlah tersebut. Sebanyak 20 kertas siasatan dibuka dengan jumlah kerugian sebanyak RM1,327,004.00. Didapati kerugian tertinggi adalah sebanyak RM625,577.00 iaitu melibatkan penipuan tidak wujud. Mangsa telah menerima tips berkaitan pelabuaran Goldman Sachs Asia melalui aplikasi Whatapps dan telah dimasukkan ke dalam group bernama X-1 GS (Asia) Securities Division. Setelah mangsa membuat pelaburan, mangsa telah dikeluarkan daripada group tersebut dan tidak dapat menghubungi syarikat berkenaan.

Orang ramai dinasihati untuk membuat semakan dengan pihak berwajib sebelum membuat sebarang pelaburan dengan mana-mana syarikat serta membuat semakan di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sebelum membuat sebarang pindahan wang ke dalam akaun yang tidak pasti.

 

Sumber: Kenyataan Media Ketua Polis Terengganu

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut