TERENGGANU BERPOTENSI JADI HUB PENGELUAR NR-REE UTAMA NEGARA

Terengganu berpotensi menjadi negeri pengeluar serta pemprosesan utama unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia jika hasil itu berjaya diurus dengan baik, titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Dengan memiliki sumber NR-REE paling banyak iaitu sekitar 7,187,500 tan daripada 15.2 juta yang ada di negara ini, kerajaan negeri perlu menentukan kaedah terbaik perlombongan sumber baharu itu.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) itu, baginda bertitah kerajaan negeri perlu mengambil peluang menjadi pemain utama sektor industri baharu di dalam teknologi moden masa kini. Dengan sumber mineral baharu ini, Terengganu harus menentukan kaedah terbaik perlombongan NR-REE dengan memastikan rangkaian nilai.

Ianya termasuklah industri pertengahan (mid-stream) dan hiliran (down-stream) diwujudkan di Terengganu dan seterusnya menjadi hub pengeluar serta pemprosesan utama negara. Pada 5 Oktober lalu, kerajaan Terengganu menubuhkan Majlis Mineral REE sebagai platform pemudahcara urusan berkaitan dengan perlombongan dan pembangunan industri berkenaan.

Untuk rekod, kerajaan negeri turut mengumumkan syarikat peneraju utama Teknologi Super Magnet di Korea Selatan, Star Group Industry Co. Ltd yang menduduki tempat ketiga di peringkat global telah bersetuju untuk membina kilang berkait pemprosesan NR-REEΒ berhampiran Pelabuhan Kemaman.

Pihak Star Group juga telah melawat lokasi tersebut dan telah memberikan persetujuan untuk menyewa tanah seluas kira-kira 100 ekar bagi tujuan pembinaan kilang mereka di situ. Kilang yang akan dibina terdiri daripada dua peringkat, satu untuk ‘midstream’ dan keduanya adalah kilang ‘downstream’.

Midstream ini akan proses hasil yang yang kita lombong di negeri Terengganu dan negeri-negeri di bawah State Government 4 (SG4) untuk dihantar ke kilang mereka untuk dibuat ‘cracking’ ataupun dioksidakan NR-REE.

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut