𝐒𝐄𝐉𝐔𝐓𝐀 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐔𝐌𝐈

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif Tanaman Satu Juta Pokok Negeri Pulau Pinang bersempena Hari Bumi Tahun 2024, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang telah berkolaborasi bersama pihak Penang Hill Corporation dan Hikers Roundtable bagi menjayakan Program Pembangunan Mampan Lestari Alam Sekitar yang bertempat di Bukit Bendera pada hari ini.
Program yang turut memberi fokus kepada konsep Nilai Teras Keselamatan Negara: Pembangunan Mampan ini turut dihadiri beberapa kumpulan pendaki dan syarikat swasta yang lain. Program ini turut dilihat dapat memperkukuhkan fabrik sosial dalam kalangan peserta dan mewujudkan perasaan inklusif berkenaan peranan mereka dalam memastikan kelestarian alam sekitar adalah sejajar dengan pembangunan negara.
Sumber ; Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau Pinanghttps://www.facebook.com/mknpenang.msia

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …