1020 KILOGRAM MINYAK MASAK BERSUBSIDI DAN DUA BUAH KENDERAAN DISITA DALAM CUBAAN SELEWENG

KOTA BHARU : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Pencegahan Penyelewengan Barang Kawalan di sekitar Kota Bharu, Kelantan.
Pasukan serbuan telah menahan menahan tiga orang lelaki tempatan berumur 30an hingga 50an merupakan dua pemandu dan pemilik premis tersebut ketika sedang membuat pemunggahan dari premis memuatkan sejumlah kotak-kotak berisi minyak masak kedalam dua buah kenderaan berpendaftaran tempatan iaitu sebuah Van Nissan Vannet dan sebuah Perodua Myvi.
Nilai rampasan minyak masak yang disita anggaran sebanyak RM 2550.00 dan kenderaan sebanyak RM 20,000.00 selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN Kelantan sentiasa mempertingkatkan tugasan penguatkuasaan serta Ops Tiris dan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di negeri ini dari masa ke semasa.
Tindakan tegas diambil bagi membendung kegiatan aktiviti tidak bermoral ini supaya pengguna dapat menikmati sepenuhnya subsidi kerajaan, seterusnya saspek akan dikenakan denda yang tinggi serta dipertuduhkan di mahkamah selanjutnya.
Pengguna boleh melaporkan sebarang aduan yang berkaitan dengan penyelewengan barang kawalan serta dibawah bidang kuasa KPDN melalui saluran yang disediakan oleh pihak kementerian.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …