KERAJAAN KOMITED UNTUK MENOKTAKAN ISU KEMISKINAN TEGAR DI NEGERI SABAH – JUHAR MAHIRUDDIN

KOTA KINABALU (18 April): Kerajaan negeri komited dalam usaha membasmi isu kemiskinan sekali gus akan menoktahkan miskin tegar dalam tempoh terdekat di negeri ini.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkata, selain pelaksanaan program pembasmian kemiskinan sedia ada kerajaan bersama Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan serta Syarikat Berkaitan Kerajaan serta pemain industri melaksanakan Program Menoktahkan Kemiskinan Tegar.

Katanya, ketika ini seramai 22,510 orang Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar berdaftar dalam sistem eKasih pada September 2023 manakala setakat Mac 2024, seramai 13,179 KIR dilaporkan.

“Statistik ini menunjukkan penurunan sebanyak 42 peratus hasil daripada pemurnian data Ketua Isi Rumah Miskin Tegar, dilaksanakan secara berfasa iaitu program jangka masa pendek, sederhana dan Panjang.

“Ia meliputi lima teras utama bagi tujuan pemadanan bantuan atau intervensi yang bersesuaian kepada miskin tegar iaitu pekerjaan, keusahawanan, perumahan, pendidikan dan kebajikan,” katanya bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Juhar berkata, melalui strategi jangka masa pendek lebih memfokuskan dalam memberikan peluang pekerjaan serta menggalakan mereka terlibat dalam Industri untuk membantu rakyat memperoleh pendapatan tetap.

“Ini termasuk juga dapat menikmati peningkatan pendapatan melalui penyediaan peluang pekerjaan disamping diwujudkan pelbagao inisiatif atau bantuan kepada KIR dan Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar melalui pelaksanaan bantuan mengikut kesesuaian mereka.

“Dalam aspek meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya di luar bandar, pelaksanaan Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) terus dipergiatkan bagi memastikan rakyat di luar bandar segera menikmati penginapan selesa dan selamat yang mana secara langsung akan membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan ini,” jelas Juhar.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …