DUN SABAH: KERAJAAN TERUSKAN PEMBERIAN INSENTIF KEPADA SYARIKAT PENERBANGAN

KOTA KINABALU (18 April): Pelaksanaan pemberian insentif kepada syarikat penerbangan antarabangsa akan diteruskan bagi meningkatkan daya saing negeri Sabah di rantau ASEAN.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, Sabah juga akan turut menyokong dan menggalakkan kemampanan industri penerbangan khususnya di negeri ini. Katanya, pengembangan jaringan udara merupakan agenda terpenting sejak pembukaan semula pintu sempadan negeri ini.

“Kerajaan Negeri juga komited mewujudkan lebih banyak laluan terus penerbangan antarabangsa yang baharu bagi memudahkan akses perjalanan udara dan menarik lebih ramai pengunjung antarabangsa ke negeri ini.

“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri menerima penerbangan antarabangsa terus dari Jakarta, Shanghai dan Seoul, Korea Selatan ke Sabah menerusi penerbangan Air Asia.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan meneruskan promosi dan kempen pemasaran pelancongan yang agresif dengan memberi tumpuan kepada pelbagai program yang berimpak tinggi seperti kempen High Visibility yang terbukti mampu mengembangkan segmen-segmen pasaran niche serta memberi pulangan tinggi seperti Bird Watching, Diving dan Sport Tourism,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Kerajaan Negeri sempena Istiadat Pembukaan Penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi tumpuan bagi membangun dan menyediakan infrastruktur dan fasiliti di kawasan pelancongan khususnya di luar bandar termasuk dalam kawasan Taman-Taman Sabah dan Muzium Sabah sebagai persediaan untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dalam pada itu, Tun Juhar berkata, pada tahun ini Kerajaan Negeri menyasarkan ketibaan seramai 2.8 juta hingga 3 juta  pelancong ke Sabah.

Katanya, bagi mencapai sasaran ini, kerajaan akan merancakkan lagi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program pelancongan berimpak tinggi termasuk pemberian insentif kepada pemain industri sebagai galakan agar lebih aktif meningkatkan pertumbuhan sektor ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …