WARGA FILIPINA DIDAKWA CEDERAKAN WANITA KETIKA MEROMPAKNYA

KOTA KINABALU (17 April): Seorang warga Filipina berusia 18 tahun didakwa menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita ketika merompaknya.

Kalang Uluhati mengaku bersalah terhadap pertuduhan ke atasnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus pada Selasa.

Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan ke 16 Mei tahun ini sementara menunggu jurubahasa Bajau Pelauh kerana Kalang memaklumkan mahkamah dia tidak begitu memahami Bahasa Melayu.

Kalang didakwa menyerang wanita berusia 35 tahun itu ketika merompaknya pada jam 12.30 tengah hari pada 15 Februari tahun ini berhampiran bangunan One Stop Premium di Jalan Hj Saman, di sini. Dia didakwa telah melarikan beberapa barangan milik wanita itu iaitu, sekeping MyKad, dua MyKids, dua kad bank, lesen memandu, kad pergigian dan wang tunai RM50.

Kesalahan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat atau denda, jika sabit kesalahan. Mahkamah memerintahkan Kalang yang tidak diwakili, ditahan reman sementara menunggu tarikh tersebut.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …