𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah berkolaborasi bersama JSPT IPK Pulau Pinang, JSPT IPD Barat Daya dan JAS telah membuat penguatkuasaan pelbagai kesalahan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333 ), Kaedah-Kaedah Pembinaan dan Penggunaan ( C&U ) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 ( Akta 715 ) sempena Ops Khas HRA 2024. Penguatkuasaan diadakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Pelbagai kesalahan dikesan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsuran, tidak pakai talipinggang Keledar dan kesalahan teknikal seperti cermin gelap, ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan dan lain-lain kesalahan teknikal. JPJ telah mengeluarkan 249 notis saman dan kesalahan teknikal, JSPT 48 notis saman dan JAS 10 notis arahan dan kompaun.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinanghttps://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi) • Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima dua serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM berkaitan …
Maklumat Lanjut

𝐌𝐄𝐍𝐔 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐇𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀

Menu RAHMAH merupakan hidangan sajian lengkap dengan gizi seimbang (karbohidrat + protein + serat) yang ditawarkan oleh pengusaha restoran dan …
Maklumat Lanjut